Wednesday, January 16, 2013

CARA BUAT TAHU MANIS

Salamsejahtera..

Sudah lama rupanya saya tak up date blog ni..ramai juga yang datang baca ye..kali ini saya akan kongsikan cara nak buat tahu manis tu..

Untuk buat ini kacang soya yang kita beli pastikan ada kandungan protien yang tinggi..biasanya kacang soya yang di import daripada negara Kanada.

Jika beli kacang soya tu tanya penjual..import daripada mana kacang soya ini ?.

Untuk GDL biasanya boleh dibeli daripada kedai yang jual bahan - bahan bakeri..


Bahan-bahan :

500 gm kacang soya
3.5 liter air
2 helai daun pandan
1/3 sudu teh GDL
1/4 cawan air
500 gm gula
200 gm air

Cara Membuatnya :
1. Kacang soya yang telah direndam, ditoskan.
2. Kisar kacang soya sedikit-sedikit dan masukkan air secukupnya.
3. Tuangkan atas kain muslin atau apa-apa kain putih yang jarang. Perahkan ke dalam sebuah periuk.Buat cara yang sama hingga habis.
4. Masukkan daun pandan dalam periuk. Panaskan air soya hingga mendidih.
5. Untuk membuat taufu fa, ambil 1 liter air soya yang telah masak dan masukkan dalam periuk yang kecil.
6. Bancuh garam buah-buahan(GDL) dengan 1/4 cawan air dan tuangkan ke dalam periuk taufu fa.Kacau sebati.
7. Tutup periuk rapat-rapat dan diamkan ia satu jam agar taufu fa mengeras. Jangan gerakkan atau alihkan periuk.
8. Masak air gula hingga mendidih. Sejukkan.
9. Apabila hendak menikmati air soya, tambahkan air gula dan air batu secukupnya.
10. Taufu fa boleh dimakan sejuk atau panas bersama air gula atau air gula merah
11. Nak kelainan boleh juga dicampur buah-buahan..dan macam -macam perisa..laici ka..serta pewarna..

Tak faham ?..lihat video ni ye..


Monday, December 31, 2007

Tauhu Kotor !

Tauhu kotor !. Terkejut saya apabila melihat satu program di TV3 pada 26 Disember 2007, bagaimana sebuah kilang tauhu di Johor telah memproses tauhu dalam keadaan kotor sekali !. Saya pun tak faham kenapa ada individu yang sanggup jual makanan pada hal dia sendiri tiada selara pun nak makan sebab kotor !. Dulu kesah belacan di Pulau Pinang!.

Makanan yang kotor bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan tetapi, makanan ini akan membina jasmani kita seterusnya membentuk peribadi kita serta akhlak kita atau perangai kita. Saya pernah mendengar kutbah jumaat pada suatu masa dahulu yang mana khatib ada menjelaskan antara sebab kerutuhan akhlak dikalangan kita pada hari ini adalah disebabkan makan benda haram dan juga halal. Oleh itu sebelum anda makan pastikan makanan itu halal ataupun sekurangnya ada tanda logo halal Jakim ataupun jabatan agama islam negeri.

Marilah kita hindari tempat makan yang kotor dan barangan yang tiada pengesahan halal. Belilah barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang berwibawa. Dalam isu tauhu ini insya Allah saya akan cuba menghasilkan formula tauhu dan anda boleh buat tauhu ini dengan mudah dirumah.

Memasak ataupun menghasilkan sendiri makanan adalah kaedah yang terbaik untuk memastikan makanan kita halal dan suci.

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Friday, November 16, 2007

Tauhu Kering

Saya hampir siap  menghasilkan R&D tauhu kering. Setakat ini saya masih belum berpuashati keatas hasilan kajian saya ini. Jika anda hendak cuba buat tauhu kering ini, ianya amat mudah. Beli tauhu biasa daripada pasar. Bersihkan tauhu ini. Masukkan ianya dalam plastik dan simpan didalam peti ais dibahagian atau tempat kita buat ais. Bekukan tauhu ini selama 1 hari.

Selepas tauhu ini beku, keluarkan ianya dari peti ais. 'Thaw" atau kita defrost tauhu beku ini menjadi tauhu semula. Jemur tauhu ini. Pada masa ini warna tauhu telah berubah menjadi perang. Jemur tauhu ini hingga kering. Warnanya menjadi coklat ataupun brown. Jika anda hendak jadikan ia tauhu semula, rendamkan ia didalam air. Ajaibnya tauhu kering warna brown ini akan bertukar menjadi tauhu putih semula !. Untuk buat tauhu kering untuk mee kari, tauhu kering yang kita dah jemur, boleh digoreng dalam minyak panas. Jadilah ia tauhu kering yang boleh digunakan untuk kita makan dengan mee kari. Tapi hingga kini saya masih belum puashati kerana tauhu kering yang saya hasilkan ini masih tak sama dengan tauhu kering yang dijual dipasar untuk kita makan bersama dengan mee kari.

Tauhu kering mee kari lebih lompang, manakala tauhu kering yang saya buat ini padat. Iannya sesuai untuk buat tauhu sumbat bakar. Belah 2 tauhu itu, bakar atas hot plat. Lepas itu isikan dengan bahan seperti buat popia dan makan dengan kuah kacang atau sos cili....cuba try...

Sunday, November 11, 2007

Kajian R&D Tauhu Kering

Saya telah memulakan kajian R&D tauhu kering. Saya pernah mencari kaedah bagaimana hendak membuat tauhu kering namun tiada maklumat yang jelas saya perolehi. Walaubagaimanapun saya terjumpa juga sedikit kaedah hendak buat tauhu kering ini.

Oleh itu pada 9 November lalu saya telah memulakan kajian R&D tauhu kering ini. Saya perlu melaksanakan kajian ini kerana saya amat suka makan mee kari. Tauhu kering merupakan suatu bahan yang mesti ada semasa kita memasak mee kari. Pada kebiasaannya tauhu kering ini ada dijual dipasaran. Namun setahu saya kebanyakan tauhu kering ini pada kebiasaanya dihasilkan oleh pengusaha cina. Oleh sebab ini saya rasa perlu untuk mengcungkil rahsia untuk buat tauhu kering ini.

Baru-baru ini saya ada makan satu produk tauhu kering semasa menghadiri jamuan hari raya di Selayang. Produk yang dihasilkan adalah tauhu kering bakar. Saya ingat ianya seperti tauhu sumbat. Jika pada kebiasaannya tauhu sumbat adalah merupakan tauhu yang digoreng . Tauhu yang digoreng ini dipotong dua. Pada separuh bahagian tauhu yang telah dipotong dua, bahagian tengahnya dipotong dua dan diisikan dengan campuran tauge, labak merah parut, sengkuang dan timun. Ia kemudian dimakan dengan kuah kacang. Sesetengah tempat mungkin dikenali sebagai popia tauhu.

Manakala tauhu kering sumbat pula, tauhu kering dibelah dua, dibakar dan dilapiskan dengan campuran sayuran seperti tauhu sumbat dan ia juga dimakan dengan kuah kacang. Ini gambar R&D tauhu kering saya.

Friday, November 9, 2007

Tempe mencegah barah

Penemuan saintifik dan kajian yang telah dijalankan mendapati memakan tempe boleh membantu mencegah daripada terkena kanser terutama pada kaum wanita. Selain daripada tempe buah naga ( Dragon fruit) juga dipercayai boleh membantu mencegah kanser. Inilah menjadi sebab, pada pandangan saya buah naga ini mempunyai harga yang baik dipasaran.

Thursday, November 8, 2007

FUCUK

Fucuk merupakan hasilan soya yang dihasilkan dengan memanaskan air soya dengan api yang perlahan. Semasa pemanasan ini satu lapisan kekuningan akan terbentuk pada permukaan air soya berkenaan. Dengan menggunakan lidi lapisan kekuningan ini akan ditarik keluar sebagai satu lapisan yang nipis. Lapisan ini kemudian dijemur ataupun disidar hingga kering. Maka terbentuklah apa yang kita kenali sebagai fucuk.

Tuesday, November 6, 2007

Alat untuk menghasilkan tauhu manis

Untuk menghasilkan air soya, tauhu dan tauhu manis serta fucuk kita boleh menggunakan pelbagai peralatan yang mudah yang mana ia telah sedaia ada dirumah kita. Saya kongsikan disini cara mudah membuat air soya. Air soya merupakan bahan asas untuk menghasilkan tauhu dan juga tauhu manis.

Untuk hasilkan air kacang soya kita perlukan kacang soya yang berkualiti pada kira - kira 500gram. Ini semua bergantung kepada banyak mana anda hendak buat air soya. Lagi banyak air soya nak di buat lagi banyak kacang soya. Kacang soya dibasuh bersih dan kemudian direndam dalam air selama 4 jam ataupun sehingga ianya kembang dan lembut.

Toskan air rendaman. Untuk buat air soya yang lemak, saya gunakan nisbah 1:6, ini bermakna setiap satu bahagian kacang soya, 6 bahagian air perlu ditambah. Dalam kaedah di atas kita guna 500gm kacang soya, oleh itu kita perlu guna 500gm x 6 =3000 gm air. Disebabkan ataupun 3 liter air. Untuk mudah kita beli sahaja air mineral botol besar yang setiap boto besar itu ada 1.5 liter air, jadi 2 botol dah 3 liter.

Kacang soya yang telah ditos ini kita perlu gisar. Saya selalu gunakan blender dirumah aje. Masukan sedikit kacang soya yang telah direndam kedalam blender dan tambahkan air dari sukatan 3 liter. Blend kacang soya hingga hancur. Maka akan terbentuk dalam blender kacang soya yang telah siap di kisar. Tuang terus kacang soya yang telah diblend ini kedalam tapis kain, dan tapis air. Perah tapis bagi memudahka air keluar.

Saya menapis terus air soya ini kedalam periuk dapur. Kisar kesemua kacang soya ini dengan menggunakan air 3 liter berkenaan. Air soya yang siap ditapis kemudian dimasak hingga mendidih. Gula boleh ditambah secukup rasa untuk menghasikan air soya yang manis. Setelah mendidih boleh disejukan dan boleh diminum sejuk dengan ais.

Selamat mencuba.



Kacang soya yang telah direndam. Ia akan kembang dan lembut.

Periuk untuk memasak air soya

Penapis kain teh atau kopi

Blender dapaur harga RM40.00 di TESCO.
@Tauhu manis 2007

Tauhu Kering

Tauhu kering yang saya maksudkan adalah tauhu kering yang kita gunakan terutama dalam memasak makanan seperti mee kari. Tauhu kering ini tak sama dengan fucuk iaitu satu lagi produk kacang soya.

Monday, November 5, 2007

Mutu Kacang Soya Kualiti Tauhu Manis

Kualiti Tauhu manis banyak dipengaruhi oleh mutu kacang soya yang kita gunakan. Tauhu manis ini terjadi hasil 'gumpalan' zat protein dan kabohidrat yang terkandung didalam kacang soya. Jika banyak protein didalam kacang soya, akan mudahlah terbentuk tauhu manis ini.

Perkara yang utama perlu diberi perhatian khusus untuk menghasilkan tauhu manis yang baik adalah mutu kacang soya. Kacang soya perlu dipilih dengan teliti supaya jangan terbeli kacang soya yang telah dimakan bubuk, berkulat yang kesemua ini boleh menjejaskan kualiti tauhu manis.

Kacang soya untuk membuat tauhu manis ini, jika boleh perlu ada protein yang tinggi. Jenis kacang soya tauhu manis ini elok dibeli daripada kacang soya yang di import daripada Kanada dan juga USA. Saya yakin kacang soya dari kedua negara ini amat sesuai untuk buat tahu manis, ini adalah hasil daripada kajian adan ujikaji saya sendiri. Walaubagaimanapun kacang soya ini agak mahal.

Satu jenis kacang soya yang saya selalu gunakan ialah kacang soya yang diimport daripada negara China. Harga kacang soya ini adalah berpatutan jika dibandingkan yang diimport dari barat. Saya selalu menggunakan kacang soya ini untuk membuat tauhu manis dan hasilnya amat baik dan ianya lebih ekonomi.

Harga kacang soya daripada China yang saya pernah beli di Shah Alam adalah RM2.50 sekilo. Saya selalu beli kacang soya ini dikedai jualan borong dekat rumah saya di seksyen U3 Shah Alam berhampiran airport Subang, kerana saya dapati ia jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Giant Shah Alam.

Untuk formulasi mudah yang saya telah ciptakan, sekali buat hanyalah menggunakan 500 gram sahaja untuk menghasilkan lebih kurang 8 mangkuk tauhu manis. Oleh itu membuat tauhu manis ini lebih ekonomi berbanding jika saya beli. Saya pernah beli satu tub plastik RM2.00, kacang soya baru RM2.50 sekilo.

Pada kebiasaanyan baki 500 gram itu saya proses lagi buat air soya dan saya botolkan dan simapn dalam peti ais supaya ia tahan seminggu. Oleh itu saya tak perlu lagi beli air soya dikedai.

Selain daripada tauhu manis, kacang soya juga digunakan dalam membuat tauhu, fucuk, tempe, tuahu kering, kicap dan banyak lagi produk lain yang saya akan kongsikan dilain masa.

Jumpa lagi............
@ Tauhu Manis 2007

Sunday, November 4, 2007

Perniagaan Tauhu Manis

Perniagaan tauhu manis boleh memberikan pulangan yang lumayan jika diusahakan dengan bersungguh -sungguh.Tauhu manis boleh dijual bersama produk kacang soya yang lain seperti air soya. Membuat air soya amat mudah, saya ada penulis buku panduan mudah untuk buat air soya ini. Jika anda berminat nak dapatkan buku buat air soya secara PERCUMA, sila email kepada saya di nickone2000@hotmail.com. Saya banyak melihat penjualan air soya dan tauhu manis dijual berhampiran masjid setiap hari jumaat.

Untuk makluman anda , dengan hanya bermodalkan RM5.00 anda berkemungkinan memperolehi keuntungan bersih RM20.00 dengan menjual air kacang soya ini. 

Membuat air kacang soya dan tauhu manis amat mudah jika anda tahu tekniknya. Lihat sahaja bibik saya warga indon mudah buat tauhu manis ini.

Saya pun telah berjaya mencipta formula dan resepi mudah untuk buat tauhu manis ini.

Friday, November 2, 2007

Bibik Aku Masak Tauhu Manis Lagi

Tahu manis yang dibuat oleh bibik aku lembut dan manis sama dengan yang berada dipasaran. Ini semua hasil formulasi yang aku cipta khas untuk membuat tauhu manis dengan mudah.

Tuesday, October 30, 2007

Tauhu : Asal usul

Tauhu merupakan produk yang dihasilkan daripada kacang soya. Tauhu dipercayai berasal daripada negara China. Kacang soya merupakan hasil utama dinegeri China dan pada abad ke 17, pedagang dari Eropah telah membawa balik kacang soya ini ke eropah dan ianya mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal tahun 1765.

Penanam kacang soya menjadi lebih giat di Amerika selepas perang dunia kedua bila berlakunya kekurangan bekalan mentega dan pada 1973 Amerika Syarikat telah menjadi negara pengeluar kacang soya 3/4 daripada hasilan soya dunia.

Selain daripada tauhu, kacang soya juga digunakan untuk menghasilkan minyak soya, serbuk soya sebagai penganti susu, minuman air soya, kicap, tempe, pucuk, tauhu manis dan juga hampasnya digunakan untuk makanan haiwan.

Monday, October 29, 2007

Khasiat Tauhu Manis

Tauhu manis merupakan hasilan tanaman yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tauhu manis boleh dijadikan sebagai sumber protein yang utama untuk mereka yang mengamalkan diet sayuran.

Sunday, October 28, 2007

Tauhu Manis

Tauhu manis ataupun dikenali juga sebagai taufufah ialah sejenis makanan yang dihasilkan daripada kacang soya yang mengandungi zat protein yang tinggi. Tauhu manis yang baik mempunyai tekstur yang halus dan lembut.

Tauhu manis pada kebiasaannya dimakan bersama air gula. Ianya lebih sedap jika tauhu manis ini sejukkan dalam peti ais dan kemudian dimakan sejuk bersama air gula. Ada juga tauhu manis yang dimakan bersama air gula merah.