Tuesday, November 6, 2007

Alat untuk menghasilkan tauhu manis

Untuk menghasilkan air soya, tauhu dan tauhu manis serta fucuk kita boleh menggunakan pelbagai peralatan yang mudah yang mana ia telah sedaia ada dirumah kita. Saya kongsikan disini cara mudah membuat air soya. Air soya merupakan bahan asas untuk menghasilkan tauhu dan juga tauhu manis.

Untuk hasilkan air kacang soya kita perlukan kacang soya yang berkualiti pada kira - kira 500gram. Ini semua bergantung kepada banyak mana anda hendak buat air soya. Lagi banyak air soya nak di buat lagi banyak kacang soya. Kacang soya dibasuh bersih dan kemudian direndam dalam air selama 4 jam ataupun sehingga ianya kembang dan lembut.

Toskan air rendaman. Untuk buat air soya yang lemak, saya gunakan nisbah 1:6, ini bermakna setiap satu bahagian kacang soya, 6 bahagian air perlu ditambah. Dalam kaedah di atas kita guna 500gm kacang soya, oleh itu kita perlu guna 500gm x 6 =3000 gm air. Disebabkan ataupun 3 liter air. Untuk mudah kita beli sahaja air mineral botol besar yang setiap boto besar itu ada 1.5 liter air, jadi 2 botol dah 3 liter.

Kacang soya yang telah ditos ini kita perlu gisar. Saya selalu gunakan blender dirumah aje. Masukan sedikit kacang soya yang telah direndam kedalam blender dan tambahkan air dari sukatan 3 liter. Blend kacang soya hingga hancur. Maka akan terbentuk dalam blender kacang soya yang telah siap di kisar. Tuang terus kacang soya yang telah diblend ini kedalam tapis kain, dan tapis air. Perah tapis bagi memudahka air keluar.

Saya menapis terus air soya ini kedalam periuk dapur. Kisar kesemua kacang soya ini dengan menggunakan air 3 liter berkenaan. Air soya yang siap ditapis kemudian dimasak hingga mendidih. Gula boleh ditambah secukup rasa untuk menghasikan air soya yang manis. Setelah mendidih boleh disejukan dan boleh diminum sejuk dengan ais.

Selamat mencuba.



Kacang soya yang telah direndam. Ia akan kembang dan lembut.

Periuk untuk memasak air soya

Penapis kain teh atau kopi

Blender dapaur harga RM40.00 di TESCO.
@Tauhu manis 2007

Tauhu Kering

Tauhu kering yang saya maksudkan adalah tauhu kering yang kita gunakan terutama dalam memasak makanan seperti mee kari. Tauhu kering ini tak sama dengan fucuk iaitu satu lagi produk kacang soya.

Monday, November 5, 2007

Mutu Kacang Soya Kualiti Tauhu Manis

Kualiti Tauhu manis banyak dipengaruhi oleh mutu kacang soya yang kita gunakan. Tauhu manis ini terjadi hasil 'gumpalan' zat protein dan kabohidrat yang terkandung didalam kacang soya. Jika banyak protein didalam kacang soya, akan mudahlah terbentuk tauhu manis ini.

Perkara yang utama perlu diberi perhatian khusus untuk menghasilkan tauhu manis yang baik adalah mutu kacang soya. Kacang soya perlu dipilih dengan teliti supaya jangan terbeli kacang soya yang telah dimakan bubuk, berkulat yang kesemua ini boleh menjejaskan kualiti tauhu manis.

Kacang soya untuk membuat tauhu manis ini, jika boleh perlu ada protein yang tinggi. Jenis kacang soya tauhu manis ini elok dibeli daripada kacang soya yang di import daripada Kanada dan juga USA. Saya yakin kacang soya dari kedua negara ini amat sesuai untuk buat tahu manis, ini adalah hasil daripada kajian adan ujikaji saya sendiri. Walaubagaimanapun kacang soya ini agak mahal.

Satu jenis kacang soya yang saya selalu gunakan ialah kacang soya yang diimport daripada negara China. Harga kacang soya ini adalah berpatutan jika dibandingkan yang diimport dari barat. Saya selalu menggunakan kacang soya ini untuk membuat tauhu manis dan hasilnya amat baik dan ianya lebih ekonomi.

Harga kacang soya daripada China yang saya pernah beli di Shah Alam adalah RM2.50 sekilo. Saya selalu beli kacang soya ini dikedai jualan borong dekat rumah saya di seksyen U3 Shah Alam berhampiran airport Subang, kerana saya dapati ia jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Giant Shah Alam.

Untuk formulasi mudah yang saya telah ciptakan, sekali buat hanyalah menggunakan 500 gram sahaja untuk menghasilkan lebih kurang 8 mangkuk tauhu manis. Oleh itu membuat tauhu manis ini lebih ekonomi berbanding jika saya beli. Saya pernah beli satu tub plastik RM2.00, kacang soya baru RM2.50 sekilo.

Pada kebiasaanyan baki 500 gram itu saya proses lagi buat air soya dan saya botolkan dan simapn dalam peti ais supaya ia tahan seminggu. Oleh itu saya tak perlu lagi beli air soya dikedai.

Selain daripada tauhu manis, kacang soya juga digunakan dalam membuat tauhu, fucuk, tempe, tuahu kering, kicap dan banyak lagi produk lain yang saya akan kongsikan dilain masa.

Jumpa lagi............
@ Tauhu Manis 2007

Sunday, November 4, 2007

Perniagaan Tauhu Manis

Perniagaan tauhu manis boleh memberikan pulangan yang lumayan jika diusahakan dengan bersungguh -sungguh.Tauhu manis boleh dijual bersama produk kacang soya yang lain seperti air soya. Membuat air soya amat mudah, saya ada penulis buku panduan mudah untuk buat air soya ini. Jika anda berminat nak dapatkan buku buat air soya secara PERCUMA, sila email kepada saya di nickone2000@hotmail.com. Saya banyak melihat penjualan air soya dan tauhu manis dijual berhampiran masjid setiap hari jumaat.

Untuk makluman anda , dengan hanya bermodalkan RM5.00 anda berkemungkinan memperolehi keuntungan bersih RM20.00 dengan menjual air kacang soya ini. 

Membuat air kacang soya dan tauhu manis amat mudah jika anda tahu tekniknya. Lihat sahaja bibik saya warga indon mudah buat tauhu manis ini.

Saya pun telah berjaya mencipta formula dan resepi mudah untuk buat tauhu manis ini.

Friday, November 2, 2007

Bibik Aku Masak Tauhu Manis Lagi

Tahu manis yang dibuat oleh bibik aku lembut dan manis sama dengan yang berada dipasaran. Ini semua hasil formulasi yang aku cipta khas untuk membuat tauhu manis dengan mudah.

Tuesday, October 30, 2007

Tauhu : Asal usul

Tauhu merupakan produk yang dihasilkan daripada kacang soya. Tauhu dipercayai berasal daripada negara China. Kacang soya merupakan hasil utama dinegeri China dan pada abad ke 17, pedagang dari Eropah telah membawa balik kacang soya ini ke eropah dan ianya mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada awal tahun 1765.

Penanam kacang soya menjadi lebih giat di Amerika selepas perang dunia kedua bila berlakunya kekurangan bekalan mentega dan pada 1973 Amerika Syarikat telah menjadi negara pengeluar kacang soya 3/4 daripada hasilan soya dunia.

Selain daripada tauhu, kacang soya juga digunakan untuk menghasilkan minyak soya, serbuk soya sebagai penganti susu, minuman air soya, kicap, tempe, pucuk, tauhu manis dan juga hampasnya digunakan untuk makanan haiwan.

Monday, October 29, 2007

Khasiat Tauhu Manis

Tauhu manis merupakan hasilan tanaman yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tauhu manis boleh dijadikan sebagai sumber protein yang utama untuk mereka yang mengamalkan diet sayuran.