Monday, November 5, 2007

Mutu Kacang Soya Kualiti Tauhu Manis

Kualiti Tauhu manis banyak dipengaruhi oleh mutu kacang soya yang kita gunakan. Tauhu manis ini terjadi hasil 'gumpalan' zat protein dan kabohidrat yang terkandung didalam kacang soya. Jika banyak protein didalam kacang soya, akan mudahlah terbentuk tauhu manis ini.

Perkara yang utama perlu diberi perhatian khusus untuk menghasilkan tauhu manis yang baik adalah mutu kacang soya. Kacang soya perlu dipilih dengan teliti supaya jangan terbeli kacang soya yang telah dimakan bubuk, berkulat yang kesemua ini boleh menjejaskan kualiti tauhu manis.

Kacang soya untuk membuat tauhu manis ini, jika boleh perlu ada protein yang tinggi. Jenis kacang soya tauhu manis ini elok dibeli daripada kacang soya yang di import daripada Kanada dan juga USA. Saya yakin kacang soya dari kedua negara ini amat sesuai untuk buat tahu manis, ini adalah hasil daripada kajian adan ujikaji saya sendiri. Walaubagaimanapun kacang soya ini agak mahal.

Satu jenis kacang soya yang saya selalu gunakan ialah kacang soya yang diimport daripada negara China. Harga kacang soya ini adalah berpatutan jika dibandingkan yang diimport dari barat. Saya selalu menggunakan kacang soya ini untuk membuat tauhu manis dan hasilnya amat baik dan ianya lebih ekonomi.

Harga kacang soya daripada China yang saya pernah beli di Shah Alam adalah RM2.50 sekilo. Saya selalu beli kacang soya ini dikedai jualan borong dekat rumah saya di seksyen U3 Shah Alam berhampiran airport Subang, kerana saya dapati ia jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Giant Shah Alam.

Untuk formulasi mudah yang saya telah ciptakan, sekali buat hanyalah menggunakan 500 gram sahaja untuk menghasilkan lebih kurang 8 mangkuk tauhu manis. Oleh itu membuat tauhu manis ini lebih ekonomi berbanding jika saya beli. Saya pernah beli satu tub plastik RM2.00, kacang soya baru RM2.50 sekilo.

Pada kebiasaanyan baki 500 gram itu saya proses lagi buat air soya dan saya botolkan dan simapn dalam peti ais supaya ia tahan seminggu. Oleh itu saya tak perlu lagi beli air soya dikedai.

Selain daripada tauhu manis, kacang soya juga digunakan dalam membuat tauhu, fucuk, tempe, tuahu kering, kicap dan banyak lagi produk lain yang saya akan kongsikan dilain masa.

Jumpa lagi............
@ Tauhu Manis 2007