Tuesday, November 6, 2007

Alat untuk menghasilkan tauhu manis

Untuk menghasilkan air soya, tauhu dan tauhu manis serta fucuk kita boleh menggunakan pelbagai peralatan yang mudah yang mana ia telah sedaia ada dirumah kita. Saya kongsikan disini cara mudah membuat air soya. Air soya merupakan bahan asas untuk menghasilkan tauhu dan juga tauhu manis.

Untuk hasilkan air kacang soya kita perlukan kacang soya yang berkualiti pada kira - kira 500gram. Ini semua bergantung kepada banyak mana anda hendak buat air soya. Lagi banyak air soya nak di buat lagi banyak kacang soya. Kacang soya dibasuh bersih dan kemudian direndam dalam air selama 4 jam ataupun sehingga ianya kembang dan lembut.

Toskan air rendaman. Untuk buat air soya yang lemak, saya gunakan nisbah 1:6, ini bermakna setiap satu bahagian kacang soya, 6 bahagian air perlu ditambah. Dalam kaedah di atas kita guna 500gm kacang soya, oleh itu kita perlu guna 500gm x 6 =3000 gm air. Disebabkan ataupun 3 liter air. Untuk mudah kita beli sahaja air mineral botol besar yang setiap boto besar itu ada 1.5 liter air, jadi 2 botol dah 3 liter.

Kacang soya yang telah ditos ini kita perlu gisar. Saya selalu gunakan blender dirumah aje. Masukan sedikit kacang soya yang telah direndam kedalam blender dan tambahkan air dari sukatan 3 liter. Blend kacang soya hingga hancur. Maka akan terbentuk dalam blender kacang soya yang telah siap di kisar. Tuang terus kacang soya yang telah diblend ini kedalam tapis kain, dan tapis air. Perah tapis bagi memudahka air keluar.

Saya menapis terus air soya ini kedalam periuk dapur. Kisar kesemua kacang soya ini dengan menggunakan air 3 liter berkenaan. Air soya yang siap ditapis kemudian dimasak hingga mendidih. Gula boleh ditambah secukup rasa untuk menghasikan air soya yang manis. Setelah mendidih boleh disejukan dan boleh diminum sejuk dengan ais.

Selamat mencuba.



Kacang soya yang telah direndam. Ia akan kembang dan lembut.

Periuk untuk memasak air soya

Penapis kain teh atau kopi

Blender dapaur harga RM40.00 di TESCO.
@Tauhu manis 2007

Tauhu Kering

Tauhu kering yang saya maksudkan adalah tauhu kering yang kita gunakan terutama dalam memasak makanan seperti mee kari. Tauhu kering ini tak sama dengan fucuk iaitu satu lagi produk kacang soya.