Monday, December 31, 2007

Tauhu Kotor !

Tauhu kotor !. Terkejut saya apabila melihat satu program di TV3 pada 26 Disember 2007, bagaimana sebuah kilang tauhu di Johor telah memproses tauhu dalam keadaan kotor sekali !. Saya pun tak faham kenapa ada individu yang sanggup jual makanan pada hal dia sendiri tiada selara pun nak makan sebab kotor !. Dulu kesah belacan di Pulau Pinang!.

Makanan yang kotor bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan tetapi, makanan ini akan membina jasmani kita seterusnya membentuk peribadi kita serta akhlak kita atau perangai kita. Saya pernah mendengar kutbah jumaat pada suatu masa dahulu yang mana khatib ada menjelaskan antara sebab kerutuhan akhlak dikalangan kita pada hari ini adalah disebabkan makan benda haram dan juga halal. Oleh itu sebelum anda makan pastikan makanan itu halal ataupun sekurangnya ada tanda logo halal Jakim ataupun jabatan agama islam negeri.

Marilah kita hindari tempat makan yang kotor dan barangan yang tiada pengesahan halal. Belilah barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang berwibawa. Dalam isu tauhu ini insya Allah saya akan cuba menghasilkan formula tauhu dan anda boleh buat tauhu ini dengan mudah dirumah.

Memasak ataupun menghasilkan sendiri makanan adalah kaedah yang terbaik untuk memastikan makanan kita halal dan suci.

SELAMAT TAHUN BARU 2008