Sunday, November 11, 2007

Kajian R&D Tauhu Kering

Saya telah memulakan kajian R&D tauhu kering. Saya pernah mencari kaedah bagaimana hendak membuat tauhu kering namun tiada maklumat yang jelas saya perolehi. Walaubagaimanapun saya terjumpa juga sedikit kaedah hendak buat tauhu kering ini.

Oleh itu pada 9 November lalu saya telah memulakan kajian R&D tauhu kering ini. Saya perlu melaksanakan kajian ini kerana saya amat suka makan mee kari. Tauhu kering merupakan suatu bahan yang mesti ada semasa kita memasak mee kari. Pada kebiasaannya tauhu kering ini ada dijual dipasaran. Namun setahu saya kebanyakan tauhu kering ini pada kebiasaanya dihasilkan oleh pengusaha cina. Oleh sebab ini saya rasa perlu untuk mengcungkil rahsia untuk buat tauhu kering ini.

Baru-baru ini saya ada makan satu produk tauhu kering semasa menghadiri jamuan hari raya di Selayang. Produk yang dihasilkan adalah tauhu kering bakar. Saya ingat ianya seperti tauhu sumbat. Jika pada kebiasaannya tauhu sumbat adalah merupakan tauhu yang digoreng . Tauhu yang digoreng ini dipotong dua. Pada separuh bahagian tauhu yang telah dipotong dua, bahagian tengahnya dipotong dua dan diisikan dengan campuran tauge, labak merah parut, sengkuang dan timun. Ia kemudian dimakan dengan kuah kacang. Sesetengah tempat mungkin dikenali sebagai popia tauhu.

Manakala tauhu kering sumbat pula, tauhu kering dibelah dua, dibakar dan dilapiskan dengan campuran sayuran seperti tauhu sumbat dan ia juga dimakan dengan kuah kacang. Ini gambar R&D tauhu kering saya.